
PRN Johor: Wartawan dikompaun, diberi amaran kerana langgar SOP
JOHOR BAHRU, 26 Feb – Seorang petugas media yang membuat liputan proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini dikompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Wartawan Sin Chew Daily Johor, Wong Kian Yong, 42, yang bertugas di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin dikompaun oleh wakil Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjalankan tugas di PPC tersebut mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 berikutan gagal memastikan penjarakan fizikal.
Wong berkata situasi tersebut adalah di luar kawalan dan dia hanya menjalankan tugas seperti biasa.
“Saya agak kecewa sebab kalau ikutkan bukan saya seorang sahaja di situ, ramai lagi tetapi hanya saya seorang yang kena kompaun.
“Kalau boleh saya mahu merayu kurangkan lagi jumlah kompaun,” katanya ditemui di PPC itu di Dewan Jabatan Kerja Raya Daerah Johor Bahru di sini hari ini.
Sementara itu, wartawan Malaysia Gazette, Khairulanuar Yahaya, 47, pula dikenakan amaran terakhir secara lisan oleh wakil KKM tersebut atas dakwaan sama.
Khairulannuar berkata beliau diberi amaran kerana melanggar SOP ketika mendapatkan maklumat calon.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
REMBIA WAJAH ALOR GAJAH, NORAZRIL MAHU BAWA LEBIH BANYAK PEMBAHARUAN
REMBIA 5 November – Kedudukan Pekan Alor Gajah sebagai pusat pentadbiran daerah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dilihat sebagai...
KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA CECAH 98.8 PERATUS – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November – Kadar kebolehpasaran graduan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta universiti di Melaka...
LEBIH 500 ANAK MUDA TEROKA PELUANG PENDIDIKAN BERSAMA MARA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November – Lebih 500 anak muda menyertai Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA Negeri Melaka 2026 Peringkat...
PRN MELAKA : DAKWAAN PENOLAKAN CALON BN DI 4 KERUSI MUNGKIN DICETUS MUSUH POLITIK
TANJUNG BIDARA 5 November – Segala pandangan berhubung dakwaan penolakan calon parti di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
PRN MELAKA: PEMBANGUNAN TVET JADI AGENDA MANIFESTO BN – TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November - Hasrat menjadikan Melaka sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara akan...
NADARAJAH TEKAD JADI ‘SUARA’ GADEK
TANJUNG BIDARA 5 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah bertekad mahu menjadi...
