
PRN Melaka: 11,557 polis, tentera bakal mengundi awal esok
MELAKA 15 Nov – Seramai 11,557 pengundi akan keluar mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada esok, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, jumlah itu membabitkan 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.
Katanya, sebanyak 31 Pusat Mengundi Awal akan dibuka mulai jam 8 pagi bagi tujuan undi awal itu.
“Sepanjang proses undi awal ini, pematuhan kepada Garis Panduan Pencegahan Covid-19 di bawah Pelan Pemulihan Negara yang berkuatkuasa seperti penjarakan fizikal, amalan pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan, saringan suhu badan dan merekodkan kehadiran akan dilaksanakan.
“Proses pengundian awal ini akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding.
“Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara live streaming menerusi Facebook SPR,” katanya dalam satu kenyataan
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
