
PRN Melaka: 8,512 tentera di Kem Terendak undi awal hari ini
SUNGAI UDANG 16 Nov – Seramai 8,612 pegawai dan anggota tentera serta pasangan di Kem Terendak akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.
Difahamkan, sebanyak empat pusat mengundi dibuka di kem berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Terendak 1 dan SK Terendak 2 dan Dewan Borhan.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) pusat mengundi SK Terendak 2 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang mendapati kawalan ketat pada pintu masuk pusat mengundi awal.
Seawal jam 8 pagi, pengundi awal di kem berkenaan beratur mengikut prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial sebelum berdaftar di khemah saluran disediakan.
Proses pengundian awal di kem terbabit berjalan dengan lancar dengan dipantau ketat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan kelancaran proses itu.
Terdahulu, SPR memaklumkan seramai 11,557 pengundi akan mengundi awal esok.
Ia melibatkan 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis di negeri ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
