Program Merdeka @ Komuniti meriah

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

PENGKALAN BATU 16 Ogos – Kira- kira 2,000 penduduk setempat termasuk agensi kerajaan dan peserta konvoi memeriahkan Program Merdeka @ Komuniti Kembara Jalur Gemilang, sempena Bulan Kemerdekaan 2020 peringkat Parlimen Hang Tuah Jaya, semalam.

Pengarah Jabatan Penerangan negeri Mohd Rizal Hashim berkata, program itu diadakan bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan walaupun ia disambut dalam norma baharu berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ekoran wabak Covid- 19.

“Program turun padang dan sesi ‘engagement’ ini adalah untuk meningkatkan momentum sambutan Bulan Kebangsaan melalui penglibatan seluruh rakyat dari pelbagai peringkat umur dan bangsa.

“Melalui program ini juga ia dapat mengajak orang ramai mengibar Jalur Gemilang,” katanya.

Majlis penutup program itu disempurnakan Pengerusi Japerun Bukit Katil, Mohd Ridhwan Mohd Ali.h

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Terdahulu, program konvoi disertai kira- kira 25 kenderaan itu berlepas dari
Menara Persekutuan ke Japerun Pengkalan Batu dan singgah di Medan Selera Ayer Keroh sebelum berakhir di Japerun Bukit Katil.

Mengulas lanjut, Mohd Rizal berkata, pihaknya sudah mengagihkan kira- kira 6,000 Jalur Gemilang di kesemua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

“Kita mendapat peruntukan hanya 3,000 Jalur Gemilang dari Putrajaya bagaimanapun bilangan itu tidak mencukupi dan kita mengambil inisiatif untuk tambah 3, 000 lagi untuk diagihkan,” katanya.

Views:

699
Kongsi :
Previous post JPKK perlu main peranan semarak bulan kemerdekaan di kampung
Next post Pro Canselor UiTM meninggal dunia
Ubah saiz-+=