Projek RTB Sungai Kesang, JPS diarah kemuka laporan segera

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

BANDA HILIR 13 Julai – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka diarah mengemukakan laporan penuh berkaitan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kesang susulan  banjir kilat berulang kali melanda penempatan berhampiran dalam tempoh tujuh bulan ini.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata beliau belum menerima laporan penuh projek RTB tersebut meskipun beliau difahamkan pembinaannya sudah diteruskan Mac lalu selepas terbengkalai selama enam tahun.

Namun demikian katanya, sebahagian kediaman penduduk Sungai Rambai masih dilanda banjir kilat dalam kejadian hujan lebat semalam dan kejadian itu berulang dua kali dalam tempoh tahun ini juga.

“Saya minta JPS negeri kemukakan laporan penuh dengan segera bagi mengenal pasti jika terdapat permasalahan kerana difahamkan projek RTB tersebut melibatkan sempadan Melaka dan Johor.

“Kita hendak tahu juga bila jangkaan siap projek tersebut yang sudah tertangguh lama.

“Semalam saya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (Sungai Rambai) kawasan meninjau kawasan banjir dan mendapati kebanyakan rumah yang dimasuki air berada di kawasan rendah, jadi apabila air sungai melimpah masuk ke kawasan (kelapa) sawit seterusnya memasuki rumah, ia akan jadi air bergenang (termenung),” katanya.

WhatsApp Image 2023-07-13 at 14.29.36
RAIS pada sidang media selepas merasmikan Program Kesedaran Kebersihan di Jalan Jonker di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Kesedaran Kebersihan di Jalan Jonker di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rais berkata dua kampung yang terbabit dengan banjir kilat semalam adalah Kampung Lancang dan Kampung Janda Berhias yang melibatkan 44 mangsa.

“Kesemua mangsa daripada 11 keluarga tersebut telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1529
Kongsi :
Previous post STPM 2022: 1,184 calon peroleh PNGK 4.00
Next post Melaka saran kontraktor jadi pakar seperti doktor
Ubah saiz-+=