Promosi produk pelancongan Melaka di China

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 28 Mei – Pameran Pelancongan Antarabangsa ITB China 2024, dimanfaatkan oleh Kerajaan Negeri menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) untuk mempergiatkan lagi aktiviti promosi pelbagai produk pelancongan dan destinasi menarik di Melaka.

Pameran berlangsung di Shangai World Expo Exhibition And Convention Center, China dari 27 hingga 29 Mei ini turut digunakan BPP untuk mengukuhkan lagi rangkaian promosi produk pelancongan tempatan.

Usaha untuk memperkasakan lagi aktiviti promosi produk tempatan turut dilaksanakan menerusi kerjasama dengan pemain industri pelancongan dari pelbagai provinsi di China.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi BPP Melaka, pameran itu merupakan program usahasama Tourism Malaysia yang mengetengahkan produk pelancongan selain aktiviti padanan perniagaan ‘Business Matching (B2B)’ serta ‘Business to Consumer (B2C)’.

“Ia merupakan platform yang baik bagi Negeri Melaka membina rangkaian dengan para pemain industri pelancongan dari pelbagai provinsi di China. Bukan sahaja mempromosikan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan, tetapi juga membabitkan sektor pendidikan dan keluarga yang popular di Malaysia.

“Penyertaan program ini mampu membantu mempergiatkan lagi usaha menarik pelancong China ke Melaka yang perlu diteruskan dari masa ke semasa. Ini juga usaha jangka panjang bagi menjamin dan mengalakkan lebih ramai pelancong China ke Melaka, sekali gus mencapai sasaran kedatangan pelancong seramai 15 hingga 18.7 juta tahun ini,” kata kenyataan itu.

Whatsapp Image 2024 05 28 At 3.57.29 Pm (1)
WAKIL Kerajaan Negeri Melaka bersama pihak pelancongan dari negara China yang terlibat pada pameran itu.

Deligasi Melaka diketua Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yang turut diiringi pegawai BPP Melaka iaitu Lim Swee Kiang serta Zaini Mohamad.

Pameran ini dianjurkan Jabatan Pelancongan Kebangsaan China dengan penyertaan lebih 1,500 pempamer dari seluruh negara dan 600 pempamer dari pelbagai negara.

Kerajaan Negeri Melaka yakin inisiatif penyertaan pameran pelancongan di ITB China 2024 akan memacu kehadiran pelancong khasnya dari China ke Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

52
Kongsi :
Previous post Tun Dr. Mohd Ali dilantik semula sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka bagi penggal kedua
Next post Empat pembantu penguasa kastam didakwa terima rasuah berjumlah RM39,750
Ubah saiz-+=