
PRU15: Tujuh kertas siasatan dibuka
AYER KEROH 17 November – Polis Melaka membuat tujuh kertas siasatan atas pelbagai kesalahan membabitkan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sejak 5 November hingga semalam.
Ketua Polis negeri, Datuk Zainol Samah berkata, tiga daripada kertas siasatan itu membabitkan jenayah khianat yang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Katanya, manakala dua lagi membabitkan kesalahan mengikut Seksyen 24B (b)(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mengadakan ceramah yang tidak mempunyai permit.
“Satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 / 506 Kanun Keseksaan berkaitan tindakan seorang lelaki yang melakukan kekecohan menterbalikkan meja, kerusi dan mengoyakkan kain rentang selain mengancam akan memukul pengerusi mesyuarat sebuah parti.
“Manakala satu lagi membabitkan seorang ejen parti di tempat mengundi yang tidak berpuas hati terhadap seorang anggota tentera kerana disenarai undi awal dan undi pos di sebuah pusat mengundi awal di di pusat mengundi awal di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kelmarin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata sepanjang 12 hari tempoh berkempen, pihaknya menerima dan meluluskan sebanyak 1,103 permohonan permit berbentuk ceramah dan kempen.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MENARA TAMING SARI ‘MESRA POKET’, PELANCONG LUAR TERUJA
BANDA HILIR 9 November - Tawaran tiket RM10 bagi menikmati pengalaman menaiki Menara Taming Sari menerusi inisiatif Melaka Bila Larut...
PRN MELAKA: ‘SATU KESIDANG, SATU HATI’ JADI SLOGAN ALBERT
KESIDANG 9 November - 'Satu Kesidang, Satu Hati' menjadi pegangan calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Kesidang, Albert Kok dalam...
PRN MELAKA: MAJORITI BESAR BUKTI PENYATUAN RAKYAT DUYONG
DUYONG 9 November - Kemenangan dengan ajoriti besar menjadi sasaran penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.21 Duyong, Datuk Mohd...
PRN MELAKA: JASMINE DAPAT SOKONGAN POSITIF RAKYAT BANDAR HILIR
BANDA HILIR 9 November - Sambutan positif penduduk sepanjang tempoh kempen menjadi dorongan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan...
AH SEM PERTARUH REKOD BERKHIDMAT LIMA TAHUN
MACHAP JAYA 9 November - Rekod berkhidmat sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) N.08 Dewan Undangan Negeri...
HELMY CAKNA ANAK ISTIMEWA
DUYONG 9 November - Pelbagai inisiatif bagi memperkasa pendidikan dan kebajikan anak-anak istimewa terus menjadi keutamaan calon kerusi Dewan Undangan...
