
PSMCM sokong tukar nama Bukit St Paul

AYER KEROH 6 Ogos – Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Melaka (PSMCM) menyokong cadangan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menukar nama Bukit St. Paul kepada Bukit Melaka.
berkata, nama asal Bukit St Paul diberi pemerintah Portugis sempena nama Gereja Katholik St Paul pertama yang dibina di bawah bukit itu di Semenanjung Tanah Melayu.
“Tapak bukit ini merupakan tapak istana dan Masjid Agung Zaman Kesultanan Melayu Melaka yang dibina pada tahun 1262 hingga 1511, istana serta masjid itu telah dimusnahkan penjajah Portugis.
“Kemudiannya penjajah Portugis membina Gereja St Paul di tapak yang dimusnahkan itu,” katanya.
Menurutnya, memandangkan atas Bukit St Paul itu terdapat tinggalan binaan gereja, kerajaan negeri telah membina replika Istana Kesultanan Melaka di bahagian bawah sebelah pintu gerbang Kota A’ Famosa.
“PSMCM mengalukan-alukan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk pakar sejarah sebelum menukar nama Bukit St Paul kerana isu ini amat penting.
“Lebih-lebih lagi ia melibatkan pengiktirafan Bandaraya Bersejarah Melaka sebagai warisan oleh UNESCO,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
