Puncak tertinggi Pulau Pinang curi tumpuan delegasi Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

GEORGETOWN 14 Jun – Kira-kira 30 delegasi Melaka yang menyertai program Semarak Pelancongan Melaka 2022 dan Sesi Padanan Niaga, Revitalise & Rejuvenate Melaka 2022 di Pulau Pinang tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan indah di negeri Pulau Mutiara itu.

Kesemua delegasi yang hadir diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mencuri tumpuan sebaik diberikan peluang melawat di bangunan tertinggi di The Top @ Menara Komtar sekitar jam 10 pagi tadi.

Sebaik tiba di menara yang juga merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang kesemua peserta disambut bagi menyaksikan montaj dan taklimat dari pengurusan pusat pelancongan itu.

SULAIMAN dan delegasi melihat tarikan di The Top @ Komtar, Pulau Pinang.

Antara yang menarik ialah di tingkat 58 yang dipenuhi dengan pelbagai tarikan seperti ruang tinjau, lantai berkaca, restoran dan aktiviti sukan lasak oleh The Gravityz.

Lawatan yang diadakan itu merupakan lokasi terakhir buat peserta yang hadir setelah selesai menghadiri seminar yang berlangsung selama dua hari itu.

Terdahulu, beberapa lokasi menarik yang menjadi tarikan utama di Pulau Pinang turut dilawati delegasi terlibat bagi meninjau peluang pelancongan untuk dibawa ke Melaka.

Antara lokasi berkenaan adalah di Kampung Agong, Seberang Perai, Muzium Wonderfood, Bukit Bendera, Peranakan Mansion dan Jajaran Tembok Kota Lama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1429
Kongsi :
Previous post Melaka-Pulau Pinang kongsi tuah – KM
Next post Dua pekerja maut di stadium dipercayai jatuh dari ketinggian 27 meter
Ubah saiz-+=