Pusat operasi tumpahan minyak Tanjung Tuan ditutup

Masa Membaca:52 Saat

TANJUNG TUAN 19 Okt. – Pusat operasi tumpahan minyak di Tanjung Tuan membabitkan 18 agensi terlibat ditutup hari ini setelah berpuas hati dengan operasi bagi menyelamatkan pesisir pantai sekitar kawasan terbabit sejak enam hari lalu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Aljibin Suddin berkata, pusat operasi berkenaan ditutup tepat jam 5 petang tadi setelah menerima persetujuan daripada Pegawai Daerah Alor Gajah, Rahizi Ranom.

“Dimaklumkan Pegawai Daerah Alor Gajah selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah telah bersetuju untuk menutup operasi terbabit pada petang ini.

“Terima kasih diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang telah memberi kerjasama dalam kelancaran sepanjang operasi tersebut,” katanya.

Terdahulu, operasi besar-besaran membabitkan pelbgai agensi dari dua buah negeri telah bekerjasama menjalankan operasi bagi membendung pencemaran di lokasi pelancongan terbabit.

Insiden tumpahan minyak yang dilaporkan pada 12 Oktober lalu memberi kesan terhadap perairan di pinggir negeri itu sekali gus menjejaskan ekosistem dikawasan terbabit.

Antaranya, hutan paya bakau berdekatan Pantai Cermin menerima impak dari kesan terbabit disebabkan kebanyakannya akar pohon termasuk anak pucuk bakau telah diselaputi minyak hitam sehingga merosakkan habitat kawasan terbabit.

Views:

727
Kongsi :
Previous post Melaka tubuh jawatankuasa tangani hakisan pantai
Next post Tambah PPS, kurangkan risiko penularan COVID-19
Ubah saiz-+=