Pusat pengumpulan pertanian, perikanan dan PKS di Sungai Rambai

Masa Membaca:59 Saat

SUNGAI RAMBAI 17 November – Sebuah pusat pengumpulan hasil pertanian, perikanan selain produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bakal dibangunkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai Siti Faizah Abd Azis berkata, perkara itu sudah dibincangkan bersama wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Siti Faizah berkata, DUN Sungai Rambai dilihat sebagai lokasi sesuai sebagai pusat pengumpulan kerana penduduk sekitar aktif dalam aktiviti pertanian dan perikanan.

“Kedua-dua aktiviti ini juga menjadi punca pendapatan penduduk di DUN Sungai Rambai, selain itu di Negeri Melaka juga belum ada pusat pengumpulan (khusus) bagi produk pertanian dan perikanan, jadi kita ambil peluang yang ada, sekali gus membantu penduduk meluaskan pasaran hasil mereka.

“Begitu juga dengan produk PKS, perancangan kita adalah menjadikan Sungai Rambai sebagai hab untuk semua produk keluaran penduduk tempatan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata, kesemua produk berkenaan nanti dicadangkan untuk dipasarkan menggunakan jenama Melaka.

“Tetapi hasil-hasil ini kita akan jadikan ia produk Melaka iaitu menggunakan jenama Melaka. Cadangan lokasi adalah bersebelahan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Rambai, arah selatan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

986
Kongsi :
Previous post JKM Melaka fokus program keusahawanan bantu penerima bantuan berdikari
Next post Insiden bilik jana kuasa, ibu tahu anak melecur dari kumpulan Whatsapp
Ubah saiz-+=