Putrajaya beri penerimaan awal lulus 161 projek di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PUTRAJAYA 2 Dis – Melaka menerima berita gembira apabila Putrajaya memberi kelulusan awal 161 buah projek kerajaan negeri termasuk 39 buah projek yang menjadi keutamaan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, beliau amat berterima kasih kepada Kementerian Kewangan di atas penerimaan awal senarai kelulusan 161 buah projek itu bagi tempoh Rolling Plan Pertama (RP1) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih di atas penerimaan awal senarai kelulusan 161 buah projek kepada kerajaan negeri bagi tempoh RP1 RMK-12.

“Daripada jumlah ini, didapati 39 buah projek berkeutamaan negeri yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat,” jelasnya menerusi kenyataan di Facebook (FB) rasminya hari ini.

Terdahulu petang tadi, beliau mengadakan pertemuan dengan, Tengku Zafrul bagi membincangkan situasi ekonomi Melaka. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan serta barisan pegawai kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Sulaiman turut menyentuh usaha kerajaan negeri kerajaan negeri mewujudkan zon ekonomi khas ‘Melaka Waterfront Economic Zone’ (M-WEZ) yang berkeluasan 6,070.28 hektar di sepanjang 22 kilometer pesisiran pantai Melaka.

“Cadangan pelan konsep pembangunan M-WEZ adalah seperti aktiviti berasaskan pelabuhan dan perdagangan, hab logistik dan pejabat.

“Ia turut membabitkan perumahan, penginapan dan komersil, perhotelan, marina, pembangunan bercampur dan revolusi industri 4.0 serta zon bebas antarabangsa,” tambahnya.

Views:

824
Kongsi :
Previous post Kes jenayah babitkan pelajar sekolah di Johor membimbangkan
Next post UK lancar vaksin COVID-19 minggu depan
Ubah saiz-+=