#QuranHour: Suntik elemen ‘Memanusiakan Ummah’

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

PENGKALAN BATU 13 April – Tema ‘Memanusiakan Ummah’ pada penganjuran ‘World #Quran Hour’ sejajar dengan suntikan pembangunan insan selepas dilanda pandemik COVID-19 sebelum ini.

Ketua Seksyen Dakwah dan Tarbiah, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Murad Ahmat berkata, selain mengambil iktibar wabak yang menyerang dunia, penganjuran secara serentak di seluruh negara itu juga bertujuan menyemarakkan bulan Ramadan.

“Dalam penganjuran kali ini Surah Al-Insan dipilih sejajar dengan tema ‘Memanusiakan Ummah’ bagi memastikkan semua umat Islam bersama-sama membangun setelah kita diuji Allah S.W.T.

“Menerusi ‘World #Quran Hour konsep baca, faham dan amal menjadi misi utama program ini dengan penyeragaman mengambil Surah berkenaan untuk dihayati di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri ‘World #Quran Hour’ di Masjid Al-Azim, di sini hari ini.

Terdahulu program itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abdul Rahman.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Shukri Che Mat.

Mengulas lanjut, Murad berkata, program dianjurkan dengan kerjasama Sektor Pendidikan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) disambut meriah apabila kira-kira 2,000 umat Islam hadir.

Katanya, ia turut membabitkan 1,500 murid Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM termasuk guru dari seluruh Melaka selainpenyertaan orang ramai, penjawat awam, ahli Rumah Ngaji dan Sahabat Al-Quran Melaka.

“Salah satu usaha kita membudayakan bacaan al-Quran dan melalui sesi tadabbur surah Al-Insan kita berharap dapat melahirkan manusia yang lebih berakhlak.

“Alhamdulillah setiap kali penganjurannya, kita mendapat sambutan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri yang sentiasa memberikan galakan,” katanya.

Pada program itu turut diadakan penyampaian sijil dan anugerah kepada 50 murid cemerlang Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) seluruh negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2692
Kongsi :
Previous post Polis klasifikasi kes kematian ibu dalam pantang sebagai mati mengejut
Next post Bayaran kenaikan elaun guru KAFA diberi secara tunggakan – Jakim
Ubah saiz-+=