
Radius pencarian nelayan hilang diperluas
KUALA TERENGGANU, 17 Mei – Operasi mencari dan menyelamat seorang nelayan tempatan yang disyaki terjatuh ke dalam laut di perairan Chendering di sini awal pagi semalam, diperluas hingga kepada 20.28 batu nautika persegi dari tempat kejadian hari ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata usaha mencari dan menyelamat T.Razali Wok, 74, yang dihentikan pada pukul 7 malam tadi disambung semula kira-kira pukul 7 pagi ini.
Beliau berkata selain kawasan pencarian, kekuatan aset dan anggota turut ditambah bagi melancarkan usaha pencarian mangsa.
“Usaha pencarian hari ini akan melibatkan tambahan sebuah pesawat AW 139 milik APMM yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Subang ke lokasi pencarian.
“Seramai 85 orang termasuk anggota APMM, Jabatan Perikanan dan nelayan tempatan terlibat dalam operasi hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam warga emas itu dipercayai terjatuh kira-kira pukul 5.30 pagi ketika dalam perjalanan pulang selepas mencandat sotong bersama tiga rakan termasuk tekong.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...

