Rafiq mungkin calon KM dari PN

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 17 Nov – Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen menjadi calon Ketua Menteri jika PN menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

“Sekiranya beliau (Mohd Rafiq) adalah calon Ketua Menteri Melaka, maka beliau akan menjadi calon yang termuda memegang jawatan itu dalam sejarah,” kata Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di Pejabat Bersatu Hang Tuah Jaya di sini, hari ini.

Wan Saiful berkata, gabungan parti itu juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya calon KM diberikan kepada calon muda mahupun wanita sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

Difahamkan, antara nama yang disebut-sebut untuk menjadi calon ketua menteri ialah calon PN Telok Mas, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen dan calon PN Tanjung Bidara, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

“Bagi saya kita tiada masalah sesiapa pun jadi ketua menteri cuma di peringkat PN kita dah buat keputusan bahawa calon KM ini adalah daripada Bersatu,” katanya.

Ujarnya yakin bahawa PN mempunyai calon-calon yang baik untuk dijadikan Ketua Menteri Melaka.

“Jadi saya rasa ‘confident’ bahawa kita ada calon-calon yang baik, mana tahu kawan-kawan yang sebelah kita ini yang jadi Ketua Menteri.

“Sebab itu bagi saya ini budaya kita, lebih baik rileks je kita tak kisah siapa pun jadi Ketua Menteri. Tunggulah pengumuman nanti baru tahu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

381
Kongsi :
Previous post BN akan kembalikan daerah kecil Sungai Rambai
Next post Ghafaar Atan meninggal dunia
Ubah saiz-+=