Rahman Dahlan letak jawatan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMS

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KOTA KINABALU 7 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meletak jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan serta merta, memetik laporan portal Utusan sebentar tadi.

Beliau berkata, keputusan itu dilakukan selaras dengan keputusan dan ketetapan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos.

“Saya sebagai Ahli MKT UMNO turut patuh dan setia atas ketetapan parti. Maka, saya dengan ini meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UMS dengan serta merta.

“UMNO adalah sebuah parti perjuangan yang mendukung titah Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berpelembagaan seperti yang termaktub dalam asas dan tujuan UMNO mengikut Fasal 3,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau turut melahirkan penghargaan kepada bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kerana telah memberi peluang untuknya berkhidmat sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Penagrah UMS.

Jelas Abdul Rahman, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan UMS kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatannya di UMS.

Pada Selasa, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan MT UMNO sepakat menarik sokongan daripada Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) berkuat kuasa serta merta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1052
Kongsi :
Previous post Olimpik 2020: Azizulhasni hidupkan peluang negara raih emas
Next post Olimpik 2020: Kecederaan tidak halang Shah Firdaus layak ke suku akhir
Ubah saiz-+=