Sorting by

×

Rakan Digital PEDi Jasin kongsi ilmu keusahawanan digital

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SELANDAR 25 November – Rakan Digital (RD) Pusat Digital Ekonomi (PEDi) Kluster Jasin menyasarkan lebih ramai penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan.

Justeru, RD PEDi Kluster Jasin mengambil inisiatif menganjurkan Program Training On Trainer Digital Keusahawanan (Asas Shopee) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Kolej Komuniti Selandar, Khamis lalu.

RD PEDi Felda Tun Ghafaar Air Kangkong, Muhammad Hamizan Hassan berkata, inisiatif itu memberi peluang kepada pelajar yang masih menuntut di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menjana pendapatan sendiri.

“Fokus utama kita adalah perkenalkan kepada pelajar apa itu fungsi dan peranan PEDi, selepas itu kita akan ajar mereka bagaimana menggunakan platform seperti ‘shopee’ untuk menjana pendapatan sendiri.

“Selain fokus kepada usahawan digital kita yang ada, pelajar-pelajar IPT ini juga akan dibimbing menjadi usahawan digital,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Program berkenaan dihadiri pelajar-pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP) Kolej Komuniti Selandar.

Hadir sama, Pengarah Kolej Komuniti Selandar, Rozali Ibrahim dan Pengarah Program, Nor Hidayah Ahmad Mustafa.

Muhammad Hamizan berharap penganjuran program itu dapat memperkukuhkan kerjasama kedua belah pihak pada masa akan datang.

“Insya-Allah selepas ini kita akan adakan lagi program begini untuk melahirkan lebih ramai usahawan digital khususnya golongan muda,” katanya.

Turut terlibat menjayakan program wakil PEDi Taman Seri Kemendor, PEDi Batang Melaka, PEDi Air Panas, PEDi Kampung Terentang dan lain-lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1706
Kongsi :
Previous post Kanak-kanak lelaki 2 tahun hilang dikhuatiri jatuh longkang
Next post 800 penduduk Rembia terima manfaat Jualan Rahmah
Ubah saiz-+=