
Rakyat Kelantan ‘kurang patuh’ SOP Covid-19
KOTA BHARU 2 Julai – Tahap pematuhan rakyat Kelantan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19 di negeri itu menurun kepada 90 peratus berbanding 95 peratus sebelum ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata kawasan luar bandar dikesan menjadi antara punca peratusan menurun berikutan ramai yang tidak mematuhi SOP terutama berkaitan penjarakan sosial.
“Contohnya, kalau kita ke pasar raya, SOP masih lagi diikuti namun kalau kita pergi jauh sedikit seperti kawasan kampung terutama di warung, kita boleh tengok ramai yang tidak ikut (penjarakan sosial).
“Saya percaya mereka sedar mengenai SOP ditetapkan tapi tiada sikap ambil peduli. Mereka perlu ingat pasukan keselamatan masih lagi menjalankan Op COVID-19 dan mana-mana pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Menurut beliau, semalam sahaja, polis menahan tujuh orang kerana melanggar SOP COVID-19.ย Kelantan merekodkan sebanyak 514 kes membabitkan 950 tangkapan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 1 Julai.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
HITS@PERNAMA TAWAR HARGA ISTIMEWA KEPADA WARGA ATM, KELUARGA TANPA HAD KUOTA
SUNGAI UDANG 15 Oktoberโ Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk anggota yang sedang berkhidmat, veteran dan keluarga mereka, kini boleh...
BELANJAWAN 2027: PENDAPATAN PENGGIAT E-HAILING, P-HAILING DIJANGKA NAIK
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Pemandu e-hailing dijangka menikmati peningkatan pendapatan bersih sehingga RM227 sebulan, manakala penghantar p-hailing sehingga RM100...
BELANJAWAN 2027: 100,000 LANGGANAN AI PERCUMA UNTUK ANAK MUDA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Sebanyak 100,000 lagi langganan kecerdasan buatan (AI) percuma bakal ditawarkan kepada golongan muda, termasuk akses...
INTI PATI BELANJAWAN 2027
KUALA LUMPUR, 9 Okt - Berikut merupakan inti pati Belanjawan 2027 bertemakan โMalaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumiโ...
BELANJAWAN 2027: MELAKA BAKAL MILIKI PUSAT PERMATA KURNIA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Melaka antara dua negeri dipilih untuk pembinaan Pusat Permata Kurnia baharu yang menyediakan pendidikan, sokongan...
BELANJAWAN 2027: RM935 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK PELANCONGAN DAN BUDAYA
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Sebanyak RM935 juta diperuntukkan bagi sektor pelancongan dan budaya menerusi Belanjawan 2027 susulan keputusan kerajaan...

