Sorting by

×

Rasa janggal kalau tak pakai pelitup muka

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDA HILIR 11 Mei – Biarpun kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka berkuatkuasa 1 Mei lalu, namun majoriti pelawat serta pengunjung di negeri ini yang ditemui masih memilih untuk meneruskan amalan itu.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati orang ramai masih lagi mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan sebelum ini.

Pelancong dari Pahang Murni Shahrizat Mustafa, 38, berkata dia lebih selesa memakai pelitup muka dan berasa janggal jika tidak berbuat demikian meskipun berada di kawasan terbuka.

“Wabak COVID-19 masih ada, jadi saya kena jaga keselamatan diri dan keluarga. Lebih merisaukan kita tak boleh kenal pasti pesakit COVID-19 secara fizikal.

“Anak saya ada tiga orang, yang bongsu usia tujuh tahun dan sulung 13 tahun, jika keluar rumah kami akan pakai pelitup muka, agaknya sudah terbiasa ikut SOP selama dua tahun,” katanya.

Seorang lagi pengunjung Rozalia Rosli,30, turut menyarankan orang ramai agar terus berwaspada dengan mengamalkan penjarakan khusus ketika berada dalam premis perniagaan atau ruang semmpit.

“Memang sekarang tidak perlu buat imbasan MySejahtera untuk masuk ke pusat beli-belah, tapi atas rasa tanggungjawab dan keselamatan diri saya selesa untuk amalkan SOP.

“Jangan disebabkan kita lalai dan terus lupakan SOP COVID-19 tercetus semula, tidak mustahil diri sendiri atau ahli keluarga akan dijangkiti wabak itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

881
Kongsi :
Previous post 54 unit rumah Taman Seri Aman Lagenda mesti disiapkan – EXCO
Next post Ibarat dalam surah terakhir, status Muafakat Nasional akan dimuktamadkan – Mohamad Hasan
Ubah saiz-+=