
Remaja lelaki lemas terjatuh di laut selepas menjaring
SEREMBAN 2 Mei. – Seorang remaja lelaki ditemukan lemas akibat terjatuh ke dalam laut selepas membantu bapa saudaranya memasang jaring di Pangkalan Kuala Lukut Kecil, Port Dickson dekat sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan berkata, remaja berusia 16 tahun itu ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Teluk Kemang dan PPDA Jempol kira-kira 12.35 tengah hari tadi.
Menurutnya, mangsa yang hanya berseluar pendek itu ditemukan timbul di permukaan air kira-kira 50 meter dari tempatnya dilaporkan terjatuh.
“Seramai 26 anggota digerakkan ke lokasi kejadian bersama empat bot penyelamat dan empat kayak sejurus menerima laporan awal daripada bapa saudaranya, M. Narianasamy yang menaiki bot bersama remaja itu kira-kira jam 6.15 petang semalam.
“Maklumat awal mendapati mangsa bersama bapa saudaranya memasang jaring di perairan berkenaan semalam kira-kira 3 petang, bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang mangsa terjatuh,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Beliau berkata operasi pencarian yang bermula semalam ditamatkan pada 1.16 tengah hari tadi.
“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENGLIBATAN JBPM DI PBT LANCARKAN URUSAN PEMBANGUNAN MELAKA
PAYA RUMPUT 29 Jun - Keputusan Kerajaan Negeri menempatkan wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai ahli majlis di...
MELAKA SALUR LEBIH RM152,000 BELA KEBAJIKAN ‘WIRA MERAH’
PAYA RUMPUT 29 Jun - Kerajaan Negeri telah menyalurkan lebih RM152,000 bagi menjayakan pelbagai program kebajikan, latihan, sokongan serta pengukuhan...
PERAHU NAGA LAMBANG PERPADUAN
BANDA HILIR 29 Jun – Penganjuran Perlumbaan Perahu Naga bersempena Pesta Perahu Naga Melaka Ke-41 bukan sekadar mengangkat warisan budaya,...
MELAKA MOHON TIGA BALAI BOMBA BAHARU
PAYA RUMPUT 29 Jun – Melaka akan memohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan tiga lagi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)...
LAMAN BROMELIAD TINGKAT IMEJ MELAKA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN KREATIF, LESTARI
BANDA HILIR 29 Jun – Laman Bromeliad yang dibangunkan di Taman Bunga Merdeka dijangka menjadi antara produk pelancongan baharu di...
MALIM UPTOWN LUBUK REZEKI USAHAWAN
KESIDANG 29 Jun – Pembukaan Malim Uptown bakal menjadi satu lagi platform penting dalam memperkasa golongan usahawan dan peniaga kecil...
