
Remaja maut digilis pacuan empat roda
JASIN 24 Januari – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum bertembung sebuah pacuan empat roda di Jalan Kesang-Garing, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa Muhammad Filtri Abdul Razis, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Kesang menghala ke Jasin.
Katanya, ketika tiba di lokasi, motosikal jenis Honda C100 ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung pacuan empat roda milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Pacuan empat roda dari arah bertentangan itu gagal mengelak dan membrek lalu menggilis mangsa.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Ahmad Jamil berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
