
Remaja maut terbabit kemalangan dengan lori ayam
ALOR GAJAH 8 Dis – Seorang remaja lelaki maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori ayam dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Air Paabas, di sini, petang semalam.
Kejadian kira-kira jam 6 petang itu mengakibatkan mangsa Muhammad Ameerudeen Zulkarnain, 19, maut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu membabitkan motosikal ditunggang mangsa dengan sebuah lori ayam.
Beliau berkata, sebelum kejadian lori dipandu lelaki 25 tahun dan motosikal ditunggang mangsa dalam perjalanan arah sama iaitu dari Alor Gajah menghala ke Simpang Ampat.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori berhenti di lampu isyarat merah dan ketika lampu bertukar hijau lori terbabit meneruskan perjalanan.
“Bagaimanapun mangsa yang dipercayai baru tiba di lokasi kejadian terjatuh lalu kepalanya terkena tayar belakang sebelah kiri lori ayam terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat.
“Pihak polis juga meminta orang awam atau saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAJET NEGERI MELAKA 2026: PETANI MAHU SOKONGAN MEKANISASI, DANA DAN TAPAK BAHARU
AYER KEROH 22 November - Golongan petani berharap Bajet Negeri Melaka 2026 memberi tumpuan kepada peruntukan tambahan bagi meneroka tapak...
FAHAMI ASAS DEMOKRASI, PILIH SECARA MATANG DAN BIJAK, BUKAN IKUT EMOSI
LENDU 22 November - Bukan sahaja memahami asas demokrasi, sebaliknya generasi muda juga perlu bijak membuat pilihan kepimpinan masa hadapan...
SASAR TARIK 19 JUTA PELANCONG, 225 ACARA MERIAHKAN TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0
LENDU 22 November - Sebanyak 225 acara pelancongan termasuk sembilan program utama disusun bagi memeriahkan Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM...
MADRASAH AZZAKIRIN LAHIR GENERASI CELIK AL-QURAN
AYER KEROH 22 November - Madrasah Azzakirin Ketapang, Pernu terus komited melahirkan generasi celik al-Quran yang mampu memberi sumbangan besar...
SEMANGAT LUAR BIASA RUBAN DIDIK ANAK-ANAK JIRAN CELIK ILMU
ASAHAN 22 November - Di sebalik kekurangan fizikal akibat penyakit Duchenne Muscular Dystrophy, semangat juang seorang pemuda, M. Ruban, 30,...
BAJET NEGERI MELAKA 2026: PERKASA, TAMBAH BAIK PENDIDIKAN TVET, LAHIR GRADUAN TERBAIK
BANDARAYA MELAKA 22 November - Kerajaan Negeri diharap terus memberikan tumpuan kepada aspek pemerkasaan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan...
