
Reman lelaki tikam ibu disambung tujuh hari
AYER KEROH 12 Julai – Reman terhadap suspek lelaki yang menikam leher ibunya sehingga mati selepas mendakwa terdengar bisikan halus dalam kejadian di Kampung Paya Luboh disambung tujuh hari lagi sehingga 19 Julai ini.
Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan sambung reman ke atas suspek berusia 38 tahun hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati mandatori.
Sebelum ini suspek direman selama tujuh hari bermula 6 Julai hingga hari ini.
Terdahulu suspek yang memakai baju lokap warna jingga tiba di perkarangan Mahkamah Majistret dengan menaiki trak polis kira-kira jam 9 pagi tadi.
Dalam kejadian pada 5 Julai lalu, Melaka Hari Ini melaporkan seorang anak yang tergamak menikam ibu kandung sehingga mati di Kampung Paya Luboh, di sini, pernah menerima rawatan psikatri di Hospital Melaka.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, ketika ditahan suspek mengaku menikam leher kiri dan kanan ibunya menggunakan sebilah pisau berukuran 26 sentimeter (cm).
Beliau berkata, suspek mendakwa bertindak sedemikian selepas terdengar bisikan yang menyuruhnya menikam mangsa kerana ibunya dikatakan menyembah berhala.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BERPOTENSI JADI LOKASI ALTERNATIF PENGANJURAN LIMA
KLEBANG 30 Ogos - Melaka berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa...
KERAJAAN TERUS DEKATI RAKYAT, DENGAR DENYUT NADI AKAR UMBI
TABOH NANING 30 Ogos - Program turun padang menjadi medan penting buat kerajaan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi, selain...
NEGERI LAIN DISARAN CONTOHI MELAKA LANTIK WAKIL ATM DALAM PBT
KLEBANG 30 Ogos - Semua Kerajaan Negeri disaran mengikuti langkah Melaka dengan melantik wakil Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai Ahli...
MELAKA BERSEDIA MENJADI LOKASI PENGANJURAN ‘LIMA’
KLEBANG 30 Ogos - Melaka bersedia memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) sekiranya diberikan...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA BAKAL ‘GEGAR’ ALOR GAJAH
SERI NEGERI 30 Ogos - Festival Sungai Melaka 2026 bakal menggegarkan daerah Alor Gajah menerusi tiga program menarik di tiga...
INSAN SUMBANG BAKTI PERKASA SYIAR ISLAM TERIMA PENGIKTIRAFAN
KLEBANG 30 Ogos - Tidak semua insan yang berjasa berada di pentas atau dikenali masyarakat, namun sumbangan mereka dalam memperkasa...
