Rentas negeri tidak dibenarkan kecuali ‘green travel bubble’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA LUMPUR 30 Mac –  Sebarang aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan dalam tempoh pasca penularan pandemik COVID-19.

Menteri Pertahanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan membenarkan sebarang aktiviti pelancongan membabitkan antara negeri yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

Aktiviti pelancongan antara negeri PKPP saja dibenarkan dengan menggunakan konsep Green Travel Bubble saja dibenarkan dalam tempoh yang berkuatkuasa ini.

“Namun setiap platform yang disediakan dalam sektor pelancongan ini perlulah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, (MOTAC).

“Selain itu, kerajaan hanya membenarkan kegiatan merentas daerah di negara ini kecuali di negeri Sabah dan Sarawak yang hanya diputuskan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian diadakan secara atas talian, sebentar tadi.

Dalam pada itu katanya, terdapat enam negeri ditetapkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

“Manakala, 10 negeri masing-masing kekal PKPP iaitu Perlis, Kedah kecuali PKPB di Kuala Muda yang masoh zon merah, Perak, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan kecuali PKPB di Seremban,Pahang, Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan.

“Pengekalan status PKPB dan PKPP bagi negeri negeri ini akan berkuatkuasa bermula 1 April hingga 14 April kecuali Sarawak bermula hari ini hingga 12 April depan,” katanya

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

597
Kongsi :
Previous post Lebih rela petik cili di Lubok China dari petik anggur di Australia
Next post Promosi RM188 bercuti 3D2N di Melaka
Ubah saiz-+=