Promosi RM188 bercuti 3D2N di Melaka

Masa Membaca:2 Minit, 22 Saat

KUALA TERENGGANU 30 Mac – Melaka menawarkan pakej pelancongan murah bernilai RM188 selama tiga hari dua malam (3D2N) kepada mereka yang mahu bercuti dan melawat tempat-tempat bersejarah di negeri itu.

Pakej menarik termasuk kemudahan penginapan itu anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka sempena pelancaran Pakej Pelancongan Ikan Di Laut, Asam di Darat dan Melaka Terengganu Menyokong Interstate Travel Buble di sini hari ini.

Mengumumkan perkara itu, Pengerusi Melaka Matta Chapter, Goh Hock Gin berkata, selain penginapan percuma, orang ramai berpeluang melawat lokasi menarik di bandar Melaka yang ditawarkan di bawah pakej tersebut.

“Harga RM188 yang ditawarkan ini khususnya untuk dua orang dan turut menikmati potongan harga tiket 50 peratus Menara Taming Sari dimana harga tiket dewasa menjadi RM8.50 manakala kanak-kanak RM5 sahaja.

“Bagaimanapun, tawaran ini hanya berlangsung selama tiga hari iaitu bermula hari ini sehingga Khamis untuk untuk 500 orang terawal sahaja.

“Tempoh kegunaan promosi pula adalah sah sehingga 31 Disember ini, justeru saya berharap, orang ramai segera merebut peluang tawaran menarik ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) yang menjadi media rasmi mengikuti deligasi lawatan terbabit.

MELAKA menawarkan pakej pelancongan murah bernilai RM188 selama tiga hari dua malam (3D2N) kepada mereka yang mahu bercuti dan melawat tempat-tempat bersejarah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Terengganu, Ariffin Deraman melancarkan program itu yang turut dihadiri Exco Pelancongan Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan disertai Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Sa’ari Basiron.

Seramai 22 delegasi mewakili pelbagai agensi kerajaan negeri yang berkaitan industri pelancongan menyertai lawatan lawatan kerja Tourism Melaka Bagi Pembangunan Pakej Pelancongan Melaka-Terengganu, antaranya Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka, Perbadanan Muzim Melaka, Jabatan Perikanan Melaka dan Zoo Melaka.

Goh Hock Gin berkata, orang ramai yang berhasrat mendapatkan pakej pelancongan murah tersebut boleh menghubungi kakitangan Bel Travel atau Ding Ding Travel bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung tawaran itu.

MELAKA menawarkan pakej pelancongan murah bernilai RM188 selama tiga hari dua malam (3D2N) kepada mereka yang mahu bercuti dan melawat tempat-tempat bersejarah di negeri itu.

Pada masa yang sama, katanya, usaha itu adalah sebahagian daripada pelan rancangan Gelembung Perjalanan atau tour buble yang dijalankan dengan kerjasama Matta Terengganu.

“Sebenarnya banyak manfaat dan tawaran pelancongan yang lebih menarik boleh ditawarkan kepada orang ramai melalui kerjasama Gelembung Perjalanan ini.

“Melalui Tour Buble antara Melaka dan Terengganu membolehkan kedua-dua negeri berkongsi destinasi dan produk pelancongan untuk dinikmati oleh pelancong yang pada mulanya datang bercuti ke Melaka serta kemudian dibawa ke Terengganu bagi menyambung perjalanan percutian mereka,” ujarnya.

Usaha itu, menurut beliau, satu langkah tepat dalam memulihkan kembali industri pelancongan di kedua-dua negeri, sekaligus memberi nafas baharu kepada produk pelancongan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2725
Kongsi :
Previous post Rentas negeri tidak dibenarkan kecuali ‘green travel bubble’
Next post Wujudkan pakej pelancongan berkaitan penyu
Ubah saiz-+=