Rezeki ‘ngoca’, buat beli barang dapur

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

MACHAP JAYA 5 Mei – “Bukan senang untuk dapat duit sebanyak ini, apabila diumumkan wang tunai sebagai hadiah saya teruja untuk turun ‘mengoca’ ikan.

“Niat saya ketika itu, kalau ada rezeki dapat ikan wang hadiah boleh digunakan untuk membeli barangan dapur,” kata peserta ngoca ikan Syarafiza Zahari.

Syarafiza, 24, seorang daripada lapan peserta wanita yang berani menyahut cabaran turun ke kolam berlumpur untuk mengoca ikan keli.

Pertandingan ngoca ikan kategori wanita bersempena Jom Ngoca Raya Kuala Sungga, pertama kali diadakan pada tahun ini dan menawarkan wang tunai berjumlah RM300 sebagai hadiah utama, RM200 untuk pemenang kedua dan RM100 bagi tempat ketiga.

Whatsapp Image 2024 05 05 At 2.18.29 Pm (1)

SYARAFIZA (baju hijau) bersama peserta wanita lain mencuba nasib mengoca ikan keli.

Menurut ibu kepada dua anak itu, dia tidak menyangka niatnya untuk mencuba nasib membuahkan hasil apabila berjaya menangkap ikan keli yang beratnya kira-kira tiga kilogram.

“Sebelum ini saya pernah ikut ayah sertai aktiviti ngoca jadi tiada istilah geli atau takut kotor. Sebaik masuk ke dalam kolam apa yang saya fikir mahu tangkap ikan sahaja.

“Alhamdulillah rezeki, selepas kira-kira 10 minit mengoca akhirnya saya dapat menaikkan ikan keli,” katanya.

Terdahulu program Jom Ngoca Raya Kuala Sungga turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem selain Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari,turut hadir memeriahkan program yang berlangsung di Kuala Sungga, hari ini.

Jom Ngoca Raya Kuala Sungga masuk tahun kedua selepas julung kalinya diadakan tahun lalu dan diangkat sebagai program tahunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

124
Kongsi :
Previous post Pasangan suami isteri ditahan, bantu siasatan rogol anak sejak usia 12 tahun
Next post Jom ‘ngoca’ tahun depan diatur lebih meriah
Ubah saiz-+=