Jom ‘ngoca’ tahun depan diatur lebih meriah

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

MACHAP JAYA 5 Mei – Penganjuran aktiviti Jom Ngoca Raya Kuala Sungga, dirancang diadakan dalam skala yang lebih besar pada tahun hadapan.

Ahi Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem berkata, selepas dua siri penganjuran, beberapa kekurangan dikenal pasti dan akan ditambah baik pada tahun hadapan selain dijangka akan melibatkan lebih ramai peserta.

“Saya amat menggalakkan penganjuran program seumpama ini, kerana inilah tempat dan masa untuk kita berhimpun beramai-ramai tanpa mengira bangsa, sekali gus mengeratkan lagi perpaduan di Negeri Melaka.

“Mengikut perancangan kita akan libatkan juga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) untuk berganding bahu bersama JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) bagi menjayakan penganjuran akan datang.

“Pada tahun hadapan juga kita akan rancang pelbagai lagi aktiviti dan sukan lebih menarik bagi menarik lebih banyak penyertaan,” katanya.

Whatsapp Image 2024 05 05 At 3.22.42 Pm

HEE Sem melepaskan ikan ke kolam lumpur bagi aktiviti ‘ngoca’ ikan.

Beliau yang juga Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berkata demikian ketika ditemui selepas Jom Ngoca Raya Kuala Sungga yang turut dihadiri Ahli Parlimen Alor Gajah Adly Zahari, di Kuala Sungga, hari ini.

Hee Sem berkata, meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya tidak memiliki kawasan sawah padi  ia bukan penghalang bagi pihaknya untuk menganjurkan sukan tradisi itu.

“Tahun ini kita turut perkenalkan acara baru iaitu ngoca ikan kategori wanita dan ia mendapat sambutan malah golongan remaja, kanak-kanak turut bersama-sama menyertai acara diadakan,” katanya.

Jelasnya, penganjuran kali kedua pada kali ini berjaya menghimpunkan seramai kira-kira 400 orang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

89
Kongsi :
Previous post Rezeki ‘ngoca’, buat beli barang dapur
Next post Kapal Layar Fu Ning potensi gamit pelancong ke Melaka
Ubah saiz-+=