RM12 juta bangunkan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

RIM 7 Jun – Kerajaan negeri meluluskan peruntukan bernilai RM12,136,380 juta bagi pembiayaan projek membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, projek itu akan dibina di atas tapak seluas 5.09 hektar yang akan dilengkapi dengan kemudahan prasarana.

“Ia seperti bangunan akademik meliputi pejabat pentadbiran dan bilik darjah, dataran (courtyard) serta bangunan sokongan yang mampu menampung seramai 450 pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Membina dan Menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah Jasin di sini, hari ini.

SULAIMAN berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Membina dan Menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah Jasin di sini, hari ini.

Hadir sama EXCO Kerjaraya negeri, Datuk Rahmad Mariman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Shukri Che Mat dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka Datuk Ir Ismail Ab Rahman.

Sulaiman berkata, permohonan bagi pembinaan sekolah tersebut dibuat sejak tahun 2007 berikutan kemudahan pelajar dan guru yang terhad pada ketika itu.

“Bangunan sekolah ini pada asalnya adalah bangunan Kompleks Tahfiz Al-Quran JAIM di Chenderah.

“Selepas Kompleks Tahfiz Al-Quran JAIM dipindahkan ke Kolej Teknologi Islam Melaka, maka bangunan ini seterusnya diberikan kepada Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran JAIM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2656
Kongsi :
Previous post SKM Melaka catat jumlah perolehan RM124.08 juta tahun lalu
Next post Bekas banduan ditahan terlibat curi lapan kenderaan di Cheras
Ubah saiz-+=