SKM Melaka catat jumlah perolehan RM124.08 juta tahun lalu

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

AYER KEROH 7 Jun – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka merekodkan jumlah perolehan terkumpul RM124.08 juta setakat Dis 2021, meningkat 48 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pengarahnya, Mohd Firdaus Shaari berkata, sebanyak 448 koperasi SKM Melaka yang membabitkan 172,897 idividu dengan modal syer dan saham terkumpul bernilai RM106 juta.

“Atas inisiatif itu juga SKM Melaka telah menyalurkan dana insentif kewangan berjumlah RM6.8 juta membabitkan dana bantuan dan pembiayaan termasuk bantuan dibawah fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

“Selain bantuan dibawah dana PEMULIH kepada koperasi-koperasi yang terkesan dan layak untuk memohon bantuan ini,” katanya.

MOHD Firdaus

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mini Pelancaran Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Melaka 2022 sempena 100 Tahun Gerakan Koperasi di Menara Persekutuan MITC di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Melaka (JaPen), Shahrom Ravin Daram Abdullah dan Pengerusi Angkasa Melaka, Ab Rahim Md Tawel.

Menurutnya, sambutan bermula 10 hingga 12 Jun itu akan diadakan di Dataran Pahlawan Melaka Megamall (DPMM) Banda Hilir dan akan disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

“Dengan tema ‘100 Tahun Gerakan Koperasi Membangun Keluarga Malaysia’, kita harap sambutan ini dapat mengiktiraf sumbangan sektor koperasi kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

“Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah mempertandingkan tujuh kategori Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Melaka bagi tahun 2022,” katanya.

MOHD Firdaus menampal pelekat hari koperasi pada kenderaan.

Mengulas lanjut, Mohd Firdaus berkata sehingga kini gerakan koperasi Melaka mempunyai kekuatan seramai 170,000 anggota bagi membantu kerajaan melaksanakan program dan aktiviti baharu.

“Gerakan koperasi berusaha merebut peluang dan meningkatkan penglibatan secara aktif dalam ekonomi negara.

“Saya yakin koperasi-koperasi di negeri ini juga berpeluang untuk sama-sama menerima impak positif daripada dasar dan pelan pembangunan semasa kerajaan negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1562
Kongsi :
Previous post 82,846 kes HFMD dilaporkan setakat 4 Jun – KP Kesihatan
Next post RM12 juta bangunkan Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Chenderah
Ubah saiz-+=