
RM455,000 transformasi warna-warni Bandaraya Melaka sempena Aidilfitri
BANDARAYA MELAKA 30 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperuntukkan RM455,000 bagi kerja-kerja pemasangan lampu berwarna-warni di sekitar Bandaraya Melaka menjelang Aidilfitri.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, hiasan malam itu juga dilakukan sebagai persediaan menyambut kehadiran pelancong memandangkan lebih banyak kelonggaran diberikan kerajaan termasuk pembukaan pintu sempadan negara.

Katanya, antara lokasi yang dihiasi dengan kerlipan lampu dan hiasan berwarna-warni ialah di Jalan Quayside, Jalan Hang Tuah, Jejambat Paya Rumput, Jejantas Melaka Sentral dan Jejambat Masjid Al Azim serta kawasan sekitarnya.
“Menariknya MBMB turut menyediakan lampu hiasan ketupat di sekitar kawasan pentadbiran MBMB sempena Aidilfitri kali ini dengan kos RM100,000.

“Malah, bagi hiasan-hiasan di tempat lain, MBMB telah membelanjakan anggaran RM25,000 hingga RM100,000 bagi tujuan keceriaan sempena perayaan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
27-29 SEPTEMBER 2025, MELAKA BAKAL JADI TUMPUAN DUNIA
BANDA HILIR 6 Julai - Tanggal 27 hingga 29 September depan bakal melakar satu lagi sejarah baharu buat Negeri Melaka...
MALAYSIA DIIKTIRAF LIMA DESTINASI PALING MESRA MUSLIM
BANDA HILIR 5 Julai - Malaysia kini telah diiktiraf di kedudukan lima terbaik destinasi paling mesra Muslim di seluruh dunia....
MELAKA PERKENAL LEBIH 800 INISIATIF PELANCONGAN SEMPENA WTD 2025
BANDA HILIR 5 Julai - Melaka telah memperkenalkan lebih 800 inisiatif pelancongan menarik pada tahun ini bagi merealisasikan sasaran kehadiran...
MELAKA SUDAH SEDIA JADI TUAN RUMAH ACARA PELANCONGAN DUNIA
BANDA HILIR 5 Julai - Melaka telah membuktikan kesediaan menjadi tuan rumah acara pelancongan dunia iaitu Hari Pelancongan Sedunia (WTD)...
MEMARTABATKAN SENI WARISAN MELAYU, MANIFESTASI MENYATUKAN NUSANTARA
BANDA HILIR, 5 Julai – Seni dan budaya yang melangkaui sempadan bangsa mampu menjadi jambatan perpaduan serantau dan wahana diplomasi...
KAMPUNG DIGITAL: JANGAN BERLENGAH TUKAR ALAMAT KAD PENGENALAN
BEMBAN 5 Julai - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban yang sudah menerima alamat digital baharu diminta untuk segera...