
RM500,000 jika hilang upaya, mati akibat vaksin COVID-19
PUTRAJAYA 22 Mac – Kerajaan bersetuju untuk memberi RM500,000 sebagai bantuan khas kepada mana-mana rakyat tempatan dan warga asing di negara ini sekiranya berlaku hilang upaya kekal ataupun kematian disebabkan suntikan pelalian vaksin COVID-19.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan sebanyak RM50,000 jika berlaku kesan sampingan serius kepada penerima vaksin yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.
Menurut beliau, dana permulaan itu adalah di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi tujuan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19.
“Bantuan khas ini adalah langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin COVID-19.
“Inijuga diharapkan dapat membantu menampung keperluan penerima vaksin dan keluarga yang berkemungkinan terjejas kesan daripada pengambilan vaksin”, katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SIAP SIAGA HADAPI CUACA PANAS EKSTREM, JEREBU
SERI NEGERI 26 Ogos - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) bersiap siaga menghadapi kemungkinan cuaca panas ekstrem...
TIGA CEDERA BAS DINAIKI TERBABAS ELAK LORI
JASIN 26 Ogos - Tiga termasuk seorang warga tempatan cedera selepas bas dinaiki terbabas ketika cuba mengelak sebuah lori yang...
AYDA JEBAT ANTARA 431 TERIMA DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN MELAKA SESI KEDUA
SERI NEGERI 26 Ogos - Penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat antara 431 penerima...
MELAKA RUMAHKU: 202 KEDIAMAN DIBAIK PULIH, DIBINA BAHARU
ASAHAN 26 Ogos - Sebanyak 101 rumah baharu dibina manakala 101 lagi kediaman dibaik pulih di seluruh Melaka menerusi inisiatif...
10 TAHUN HIDUP DALAM RUMAH SEMPIT, AKHIRNYA ADA RUANG UNTUK BERNAFAS
ASAHAN 26 Ogos - Selama kira-kira 10 tahun, rumah kecil yang dihuni Engku Azlinah Tengku Azhar, 40 bersama suami dan...
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
