
RM800,000 bangunkan kawasan riadah baharu di Merlimau
MERLIMAU 27 Jun – Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM800,000 untuk membangunkan satu kawasan riadah baharu di Merlimau.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali memberitahu, kawasan riadah tersebut akan dibangunkan satu dataran yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis sambutan warga Merlimau.
“Tempat ini saya jangka dapat beri manfaat kepada semua penduduk di Merlimau dan Jasin, amnya. Ia bukan sahaja untuk riadah, tetapi juga sesuai untuk majlis sambutan Hari Kemerdekaan, maulidur rasul, forum perdana dan pelbagai sambutan lain,” katanya ketika mengadakan lawatan di Merlimau, pagi tadi.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Datuk Roslan Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri.
Tambah Sulaiman, projek berkenaan akan dimulakan pada bulan hadapan dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.
Views:
Related


Berita Lain
‘MISTERI’ BANJIR 20 TAHUN SELESAI
KESIDANG 17 Jun – Masalah banjir yang menghantui ribuan penduduk di beberapa kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang selama...
6 INISIATIF UTAMA PERKASA USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 17 Jun – Diberi mandat sebagai Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna pada 2023 dimanfaatkan sepenuhnya Allex...
BERANI BERDEPAN ISU PRINSIP YB ALLEX
KESIDANG 17 Jun – Tidak berselindung di sebalik jawatan dan protokol, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang, Allex Seah Shoo...
WRUR TELOK MAS: PBT BUKAN SEKADAR PEMUNGUT CUKAI
TELOK MAS 17 Jun – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak seharusnya dilihat hanya sebagai pemungut cukai, sebaliknya pihak pemudah cara...
WRUR TELOK MAS : ‘TOK AJAK’ MAHU ZIARAH 100 RUMAH
TELOK MAS 17 Jun – Dari rumah ke rumah, suara dan keluhan penduduk akan terus disantuni menerusi Program Ziarah Kasih...
TOKONG 178 TAHUN JADI NADI KOMUNITI CINA TELOK MAS
TELOK MAS 17 Jun – Berusia 178 tahun, Tokong Cheng Wah Keong bukan sahaja kekal sebagai antara rumah ibadat tertua...
