Rumah Terbuka DUN Tanjung Bidara terima sambutan luar biasa

Masa Membaca:1 Minit, 55 Saat

MASJID TANAH 29 Mei – Lebih 35,000 tetamu membanjiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara berlangsung di Villa D’Acqua malam tadi.

Majlis anjuran Datuk Seri Ab Rauf Yusoh itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman yang tiba di lokasi majlis pada 8.40 malam.

Ketibaan Mohd Ali dan isteri disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Selain itu, sambutan itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1 (MAFI1), Datuk Seri Ahmad Hamzah, Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Rustam ketika hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Dan Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara di Villa D’Accua Kampung Pulau, Masjid Tanah.
Turut hadir bersama Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali. Foto Iqmal Haqim Rosman

Tinjauan mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menghadiri rumah terbuka itu berikutan Syawal yang berbaki beberapa hari saja lagi.

Selain menikmati pelbagai hidangan orang ramai juga datang untuk menyaksikan persembahan artis seperti Datuk Hattan, dan Briged Seni Melaka.

Pihak Penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas perantara yang disewa khas dan buggy untuk orang ramai khusus mereka yang terpaksa parkir jauh dari lokasi.

Bagi memastikan tidak berlaku kesesakan dan orang ramai beratur panjang ketika mengambil makanan, penganjur membahagikan bufet makanan kepada empat zon.

EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri merangkap ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh beramah mesra bersama tetamu yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka Dan Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara di Villa D’Accua Kampung Pulau, Masjid Tanah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1700
Kongsi :
Previous post Wanita tahan sakit hampir satu jam
Next post Wanita warga emas mangsa Love Scam rugi RM565,700
Ubah saiz-+=