Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Melaka meriah!

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

MACHAP JAYA 23 Januari – Dianggarkan lebih 5,000 pengunjung memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka di Dewan Besar Kampung Permai Machap Umboo, di sini, hari ini.

Majlis peringkat negeri yang julung kali diadakan di luar daerah Melaka Tengah itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan isteri Datin Seri Utama Munirah M. Yusop.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Wira Zaidi Johari; Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah, Adly Zahari; Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem.

Turut hadir, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam; Adun Klebang Datuk Lim Ban Hong serta kenamaan lain.

Majlis yang diadakan bermula jam 8 malam itu diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan antaranya tarian naga, nyanyian, dan acara menggaul Yee Sang.

IMG_20230123_224932_247
MACHAP JAYA 23 JANUARI 2023. Persembahan tarian naga pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Melaka di Dewan Besar Kampung Permai Machap Umboo, Alor Gajah. Foto: MR. AZLI

Selain itu, turut diadakan simbolik ‘menghidupkan’ naga yang baharu dengan melukis mata naga tersebut yang akan digunakan untuk tarian sempena Tahun Baharu Cina.

Acara kemuncak ialah pertunjukan bunga api berwarna-warna sebagai menambah seri kemeriahan rumah terbuka tahun ini.

Pada majlis itu, Sulaiman turut menyampaikan sumbangan kepada 10 penerima terdiri daripada warga emas berbangsa Cina.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2503
Kongsi :
Previous post Enam cedera bas rempuh tiga kereta
Next post Machap Jaya kini jadi destinasi OOTD Melaka
Ubah saiz-+=