Saguhati umrah: Pembukaan akaun Tabung Haji dilanjut sehingga Mac

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BANDARAYA MELAKA 15 Feb – Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pembukaan akaun Tabung Haji sehingga Mac depan bagi pembayaran sagu hati kepada kira-kira 1,000 penerima yang terpaksa membatalkan ibadah umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, walaupun tarikh awal ditetapkan pembukaan akaun berakhir pada Jumaat ini namun ia akan dilanjutkan bagi membolehkan kesemua penerima yang belum berbuat demikian dapat membuka akaun bagi tujuan pembayaran.

“Saya harapkan mereka yang masih berbaki kira-kira 1,000 orang dapat membuka akaun dengan segera kalau tidak sempat saya minta akan dilanjutkan sehingga Mac depan.

“Saya juga akan arahkan Tabung Haji supaya memberitahu kepada semua pejabat cawangan kalau ada yang nak buka akaun untuk pembayaran ini akan minta disegerakan serta dipermudahkan,” katanya.

Menurut beliau, penetapan pembukaan hanya akaun TH disebabkan kesemua tempat mempunyai cawangan dan ia memudahkan penerima untuk mengambil sagu hati berkenaan.

Mengulas mengenai status penyerapan kira-kira 35,000 Guru KAFA ke jawatan tetap Idris berkata, proses itu masih berjalan dan dalam perbincangan dengan pihak berkaitan.

“Sebenarnya JAKIM di bahagian pendidikan telah berjumpa dengan pemegang taruh dan perkara itu sudah dibincangkan cuma untuk penetapan serta contract of services (COS) ia memerlukan kepada beberapa syarat yang perlu dipenuhi antaranya jam bertugas.

“Jadi itu mungkin ada sedikit kekangan, ertinya kita sudah berbincang dan kita sekakrang ke arah itu cuma waktunya belum diputuskan,” katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut beliau berkata, Kerajaan Persekutuan melalui JAKIM sudah melaksanakan beberapa inisiatif dalam memberikan keutamaan kepada kebajikan para Murabbi Ummah antaranya penambahan kuota guru takmir di seluruh negara.

“Pada 2022 terdapat penambahan kuota seramai 1,000 orang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 5,000 dan ia membabitkan juga kenaikan peruntukan sebanyak RM10.8 juta setahun dan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RM54 juta setahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

818
Kongsi :
Previous post Dua remaja lemas mandi air terjun
Next post Gajah betina mati di tepi jalan
Ubah saiz-+=