Saluran Telegram ‘MyMelaka News’ disambut baik warga pendidik

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

TELOK MAS 6 Julai – Saluran Telegram ‘MyMelaka News’ dan ‘MyMelaka News Penjawat Awam’ cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh disifatkan sebagai platform terbaik meluaskan lagi penyebaran maklumat berkaitan perkembangan semasa Negeri Melaka.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Temu, Syahrizal Jahaffar berkata, berbanding saluran lain, MyMelaka News ada kelainan tersendiri apabila hanya memfokuskan perkara atau maklumat berkaitan negeri Melaka sahaja.

“Berkenaan dengan Telegram MyMelaka News ini ia adalah platform terbaik yang mana segala maklumat tentang Kerajaan Negeri Melaka dapat disebarkan secara terus berbanding saluran lain.

“Saluran ini saya rasa sesuai sebagai platform memberikan tumpuan kepada pembangunan dan pelancongan yang berkaitan dengan Melaka,” katanya yang mengajar subjek Sains.

Photo1720067927
SYAHRIZAL menunjukkan saluran Telegram ‘MyMelaka News Penjawat Awam’ yang dilancarkan Mei lalu. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Nada sama turut disuarakan seorang lagi guru Nur Halilawati Rohani, berpendapat MyMelaka News memudahkan penjawat awam terutamanya dalam berkongsi sebarang aduan atau bertanyakan pendapat.

“Bagi penjawat awam saya lihat ia menjadi medan yang sesuai dalam berkongsi pendapat atau cadangan dalam pelaksanaan sesuatu penambahbaikkan.

“Menerusi saluran ini kita dapat melihat pelbagai perkongsian maklumat yang dikongsikan oleh kakitangan di negeri ini yang pasti memberi manfaat,” katanya.

Platform informasi baharu ‘MyMelaka News’ yang menggunakan aplikasi Telegram sebagai kaedah menyalurkan maklumat sahih dan tepat kepada rakyat Melaka dilancarkan Kerajaan Negeri pada 21 Mei lalu.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, platform itu boleh diakses semua penjawat awam negeri untuk berinteraksi bagi memberikan cadangan dan pandangan penambahbaikan sistem penyampaian Kerajaan Negeri.

“Semua penjawat awam telah dapat mengakses platform ini dan kita berharap orang ramai juga boleh menggunakan platform telegram MyMelaka News ini,” katanya.

NUR Halilawati menunjukkan saluran Telegram MyMelaka News yang amat berguna dalam penyaluran maklumat terkini berkenaan Negeri Melaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

218
Kongsi :
Previous post DTRC panjangkan jangka hayat tapak pelupusan Melaka
Next post Melaka masih ternanti-nanti pembinaan WTE
Ubah saiz-+=