Sambutan Maulidur Rasul dalam norma baharu

Masa Membaca:49 Saat

BANDARAYA MELAKA, 5 Dis – Majlis Perhimpunan dan Penyampaian Anugerah Khas Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka yang disambut hari ini, di Auditorium Al- Azim, berlangsung dalam suasana norma baharu susulan pandemik COVID-19.

Walaupun disambut secara sederhana dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan namun kemeriahan tetap dirasai.

Majlis sambutan anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dimulakan dengan persembahan berzanji.

Lafaz perasmian sambutan disempurnakan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam.

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Datuk Md Rawi Mahmud menyampaikan ucapan.

Hadir sama Toh Puan Asmah Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.

Pada majlis ini, lima individu masing- masing Abas Abd Hadi, 68; Rumah Ahmad, 64; Myia Yuzrina Zalkis Ayol, 39 dan Mohd Ismail, 81, menerima Anugerah Khas Maulidur Rasul S.A.W 1442H/ 2020M.

Views:

1353
Kongsi :
Previous post UPSR kemungkinan dimansuhkan
Next post RM1.83 juta naik taraf jeti nelayan
Ubah saiz-+=