Santuni insan, kongsi rezeki Aidilfitri

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 26 April – Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Pertubuhan Kebajikan Amal Insan Negeri Melaka (PERKIMA) dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Katil Damai tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan itu disampaikan menerusi Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan Aidilfitri 2022/1443H bertempat di Balairaya Taman Bukit Katil Damai, baru-baru ini.

Majlis bertemakan ‘Kebajikan Diamalkan, Insan Disantuni’ itu diadakan bertujuan berkongsi rezeki menjelang Syawal kepada individu memerlukan khususnya asnaf, warga emas, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Sumbangan yang disampaikan ialah berbentuk wang tunai, kuih raya dan barangan keperluan.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Melaka Intan Suhana Yusuff.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JPNIN Melaka Teh Faridah Abdul Jalil, Setiausaha PERKIMA Wan Hamdan Wan Ahmad bersama dan Pengerusi KRT Taman Bukit Katil Damai Md Noor Md Zin.

WAN Hamdan (tengah), Setiausaha PERKIMA

Selain penyampaian sumbangan, turut diadakan program semarak perpaduan iaitu Masak-masak Bubur Lambuk bersama KRT Taman Bukit Katil Damai yang mana bubur lambuk berkenaan kemudiannya diagihkan kepada penduduk.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1419
Kongsi :
Previous post Gempa bumi lemah di Kundasang, Sabah
Next post Penganggur dipenjara lima tahun, miliki dua parang tanpa kebenaran
Ubah saiz-+=