Sapiah mula tugas secara rasmi sebagai YDP MPHTJ

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 7 Februari – Datin Sapiah Haron memulakan tugas secara rasmi sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) hari ini.

Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menggalas tanggungjawab itu bagi menggantikan Datuk Shadan Othman yang dilantik menjadi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Pada majlis serah terima tugas itu, Shadan menyerahkan Nota Serahan Tugas kepada Sapiah disaksikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan.

Zaidi dalam ucapannya berkata beliau turut mengingatkan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini untuk terus merancang lebih banyak impak yang boleh mendatangkan hasil pendapatan PBT.

Katanya, beliau turut menyarankan untuk PBT mampu mencari lebih banyak usahasama dengan mana-mana syarikat bagi pinjaman ekonomi di setiap PBT.

“Jika PBT Melaka berjaya membuat beberapa pembaharuan, penambahbaikan maka sudah pasti ada pihak berminat untuk datang melabur di negeri ini seterusnya dapat menambah hasil pendapatan PBT sendiri.

“Dengan pelantikan Datuk Bandar MBMB dan YDP MPHTJ yang baharu, saya tidak mahu kita bekerja ke arah rentak sama seperti tahun sebelum ini namun mencari mekanisme baharu.

“Seiring dengan hasrat kerajaan negeri sudah pasti agenda penambahan ekonomi menjadi dasar utama untuk dicapai,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2646
Kongsi :
Previous post Sukarelawan UTeM bantu mangsa banjir di Kota Tinggi
Next post PBT Melaka sasar RM63 juta nilai dapatan tahun 2023 – Exco
Ubah saiz-+=