‘Saya bukan berlakon’ – Dira

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

JASIN 18 Nov – “Ada orang fikir apa yang saya buat ini berlakon…ini bukan berlakon saya nak buat sendiri dan jadi apa yang saya nak”.

Itu luahan Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar mengenai keperibadiannya semasa berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata walaupun sebelum ini lebih dikenali sebagai anak seni, namun ia bukanlah satu kelebihan apabila terjun ke dunia politik.

“Saya anak orang politik, saya sendiri anak seni bergerak aktif… ini merupakan satu kelebihan tetapi bukan satu kemewahan untuk untuk saya ambil mudah kerana dikenali sebagai seorang anak seni.

“Dikenali sebagai pemimpin peranan dan skopnya berbeza. Ada orang fikir apa saya buat ini berlakon..ini bukan berlakon saya nak buat dan saya nak jadi apa yang saya nak jadi,” katanya yang lebih dikenali dengan nama Dira Abu Zahar.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Cafe Markisa di sini, hari ini.

Jelasnya, tanggungjawab menjadi ahli politik berbeza dan kesan yang diberikan kepada masyarakat juga berbeza.

“Paling penting reputasi yang saya nak tunjuk dan bawa sebagai seorang pemimpin wanita muda itu yang menjadi cabaran buat saya

“Dikenali sebagai orang seni mungkin ada sedikit kelebihan tapi bukan kemewahan untuk saya buat sesuatu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

563
Kongsi :
Previous post Kos tunai haji dimuktamad Kabinet – Idris
Next post Polis klasifikasi kematian juruterbang TUDM sebagai mati mengejut
Ubah saiz-+=