Sedapnya ‘membawang’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

 

DAK mat.

Di musim PKP ini, aktiviti ‘membawang’ makin meningkat. Di media sosial, ada sahaja ‘tentera bawang ’ mengulas pelbagai isu berbangkit.

Mungkin netizen banyak masa terluang di rumah. Dari isu ekonomi, perlembagaan, antarabangsa, semuanya akan ada pengikut dan pengulas.

Tidak salah menyuarakan pendapat, namun berpada-padalah. Jangan sampai ulasan kita menyakiti hati pihak lain.

Satu lagi Mat perhatikan, orang kita juga suka ‘membahan’ tak tentu pasal di media sosial. Pantang ada isu yang tular, ada saja komen-komen negatif menyalahkan pihak tertentu.

Contohnya, bila tular video seorang tua berniaga mencari rezeki baru-baru ini, ‘tentera bawang’ terus menyerang anak pak cik tersebut.
Dikatakan anak pak cik itu sengaja membiarkan ayah mereka hidup dalam keadaan susah.

Sehingga anak pak cik tersebut terpaksa menjawab dan mendedahkan ayah mereka sendiri yang mahu berniaga kerana bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.

Tambahan pula PKP, anak-anak tidak boleh merentas negeri pulang menjenguk ayah mereka.

Tidak perlu kita ‘membawang’ dalam segala hal. Jika benar mahu mengulas, siasat dahulu atau dapatkan fakta dari sumber yang sahih.

Jika tidak, ikutilah isu yang timbul dengan penuh keinsafan. Doakan yang baik-baik terhadap apa yang tular. Ini lebih baik dari kita ‘membawang’ tanpa usul periksa sehingga timbul fitnah!

Dak Mat : Isteri suruh Mat potong bawang je kat rumah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

509
Kongsi :
Previous post 150 petani ceria nasib dibela
Next post ‘Berpada-pada terima bantuan’
Ubah saiz-+=