Sedia capai status ‘smart early adopter’ 2024 – MPHTJ

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 29 April – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bersedia mencapai status ‘smart early adopter’ tahun 2024 menerusi ‘Focus Group Discussion’ (FGD) Pelan Induk Bandar Pintar Hang Tuah Jaya, baru-baru ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, perbincangan itu menjadi platform kepada semua pihak berkepentingan bagi memberi pandangan dan input terhadap sasaran MPHTJ mencapai Perbandaran Pintar serta Rendah Karbon 2035.

Sapiah berkata, hasil utama perbincangan adalah mendapatkan konsensus (persetujuan) semua pihak terlibat ke arah pembentukan Perbandaran Pintar Hang Tuah Jaya.

“Pelan induk ini merupakan sebahagian inisiatif bawah kerangka Perbandaran Pintar dan Rendah Karbon 2035 yang menyasarkan penarafan MPHTJ sebagai perbandaran berstatus bandar pintar.

“Ia menerusi empat peringkat iaitu ‘Smart City Early Adopter’, ‘Developing Smart City’, ‘Leading Smart City’ dan ‘Visionary Smart City’ seperti digariskan di peringkat persekutuan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, MPHTJ sedang melaksanakan agenda itu di bawah kerangka Perbandaran Pintar MPHTJ seperti sistem bayaran atas talian (e-payment), e-sewaan, ‘smart meter’ (meter pintar), ‘e-parking’, ‘smart street light’ dan ‘smart city dashboard’.

Terdahulu sesi FGD Pelan Induk Bandar Pintar MPHTJ disempurnakan oleh Sapiah di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

61
Kongsi :
Previous post ‘Ada sahaja pengunjung, pelancong singgah Pahlawan Walk’
Next post Nahas helikopter: Kementerian Pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Ubah saiz-+=