‘Ada sahaja pengunjung, pelancong singgah Pahlawan Walk’

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 29 April – “Saya sendiri berjumpa peniaga secara berdepan, mereka maklumkan pengunjung atau pelancong ada sahaja singgah di Uptown Pahlawan Walk ini dan bukannya tiada langsung,” kata Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pahlawan Walk Melaka (PPMPWM), Wahi Anwar Mohd Ilmi.

Wahi berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya Zon Bebas Kenderaan dilaksanakan di Banda Hilir lengang.

Mengulas lanjut Wahi berkata, ketika mula dipindakan ke lokasi baharu dia langsung tidak menjangkakan jumlah pengunjung akan meningkat.

“Saya rasa perkara (dakwaan) itu tidak tepat, saya juga peniaga sudah bertahun-tahun berniaga di sini, sejak Uptown Pahlawan Walk berpindah ke lokasi baharu, alhamdulillah impaknya masih positif.

“Jika sebelah petang mungkin masih belum ramai, ketika itu peniaga juga masih melakukan persiapan, tetapi biasanya jam 8.30 malam ke atas memang penuh dengan pengunjung.

“Saya ada berjumpa lebih 190 peniaga di sini, alhamdulillah mereka kata ada pengunjung atau pelancong datang, cumanya sekarang masih musim perayaan jadi menurun sedikit berbanding sebelum ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini, semalam.

Katanya, PPMPWM sentiasa mendengar keluhan peniaga jika terdapat perkara yang kurang menyenangkan mereka.

“Kita sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlibat jika terdapat sebarang masalah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

486
Kongsi :
Previous post Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
Next post Sedia capai status ‘smart early adopter’ 2024 – MPHTJ
Ubah saiz-+=