
Segera bantu mangsa kebakaran
GADEK 8 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek turun padang menziarah mangsa kebakaran rumah dalam kejadian di Taman Sebang Gemilang, Padang Sebang, di sini, kelmarin.
Dalam lawatannya, Shanmugam turut menyampaikan sedikit sumbangan bagi membantu meringankan beban keluarga berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut meminta Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah untuk menyegerakan sumbangan bencana kepada keluarga itu.
“Kebakaran yang berlaku telah merosakkan struktur rumah, harta benda yang terletak berdekatan dengan kebakaran.
“Saya telah mohon PDT Alor Gajah supaya mempercepatkan sumbangan kepada keluarga ini, selain menyampai sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka untuk kos pembaikan,” katanya.
Kunjungan beliau turut dihadiri warga kerja JAPERUN Gadek, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Sidang Padang Sebang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...

