Segerakan pembinaan cerun baharu di Taman Setia Jaya, Bukit Baru

Masa Membaca:54 Saat

BUKIT BARU 26 Jun – Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sudah menjalankan kajian forensik susulan kejadian cerun runtuh di Taman Setia Jaya, Bukit Baru, di sini, Khamis lalu.

EXCO Kerja Raya Datuk Rahmad Mariman berkata, kajian itu dijalankan bagi melihat kesesuaian keselamatan bangunan selain tindakan segera juga sudah diambil.

Beliau berkata, pihak yang berkenaan juga akan terus melakukan pemantauan bagi melihat pergerakan tanah.

“Kerja baik pulih struktur runtuhan ini dibawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), JKR cuma membantu jalankan siasatan selain memberi nasihat dari segi teknikal kepada MBMB.

“Tindakan seterusnya sudah dihantar kepada MBMB dan pihaknya akan menyegerakan kerja pembinaan cerun baharu,” katanya.

Menurut beliau, meskipun struktur bangunan di kawasan berhampiran berada dalam keadaan yang elok penghuni sebuah rumah berhampiran dinasihatkan untuk berpindah sementara.

“Semua struktur bangunan dalam keadaan elok dan tiada keretan namun penghuni taman yang paling berhampiran dinasihatkan untuk mengosongkan rumah.

“Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) juga sudah diminta untuk membaiki paip bekalan yang bocor selain agensi lain seperti pasukan bomba juga sudah bersiap sedia bagi mnghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1066
Kongsi :
Previous post Pemasangan EWS diutamakan di kawasan berisiko tinggi bencana geologi – Takiyuddin
Next post Segan, tidak biasa antara punca ramai enggan jalani saringan kanser prostat, payudara
Ubah saiz-+=