Selawat jadi kunci kecemerlangan

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDA HILIR 15 Mei – Menjaga solat dan tidak putus berdoa serta berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW antara amalan Khairunnisa Fazly, 12, bagi meraih kecemerlangan dalam pelajaran.

Lebih manis apabila Khairunnisa, diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Negeri Melaka Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Tahun 2023.

“Kalau ada masa lapang tidak kira di rumah atau sekolah, saya akan menunaikan solat sunat hajat dan solat sunat taubat,

“Ketika menjawab soalan peperiksaan pula saya tidak putus-putus berselawat,” katanya ketika ditemui pada Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) Syahadah Ibtidaiah Arabiah (SIA) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023, di sebuah hotel, semalam.

Murid Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Al Ikhlas, Masjid Tanah ini berkata, kejayaan yang diraih adalah hadiah untuk ibu bapanya.

“Pembahagian masa amat penting agar seimbang antara subjek di Sekolah Kebangsaan dan SRA, tidak dinafikan agak penat kerana saya juga perlu mengikuti pelbagai aktiviti lain.

“Namun bagi saya semua kesekaran itu perlu dialui dengan tenang barulah ada rezeki kejayaan yang Allah akan berikan,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Fazly Ismail, 45, meluahkan kesyukurannya atas pencapaian anak sulungnya yang diharap menjadi suri teladan buat adik Khairunnisa yang akan menduduki peperiksaan UPKK tahun ini.

“Sebagai bapa saya akan memberikan anak waktu mencukupi bagi melakukan apa yang dimahukan, tidak mahu dia tertekan atau terlalu dibebani pelajaran,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

242
Kongsi :
Previous post MPHTJ pastikan Bila Larut Malam Zoo Melaka meriah
Next post Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan PERKESO
Ubah saiz-+=