
Selesaikan isu banjir dan rumah kepada warga Bemban- Ng Choon Koon
TEHEL 13 Nov- Tujuh teras utama ditawarkan Datuk Ng Choon Koon calon bebas kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban.
Ujar anak jati Bemban itu, beliau menjanjikan untuk menangani masalah banjir yang setelah sekian lama dihadapi penduduk di kawasan itu selain menekankan aspek pembangunan perumahan rakyat yang seimbang.
Kata wakil N24 itu, beliau mahu memastikan pembinaan sekurang-kurangnya 1,000 unit rumah kos rendah atau mampu milik untuk mengatasi masalah pemilikan perumahan oleh rakyat kelas pertengahan dan B40.
“Sekiranya mandat diberikan kepada saya, isu banjir yang telah sekian lama di sini akan diselesaikan.
“Selain itu, projek perumahan di Bemban sudah pasti akan dibangunkan secara seimbang, dengan komposisi kos rendah, mampu milik dan mewah, supaya semua golongan di kawasan ini dijaga.” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.
Menurut Choon Koon, ketika beliau mewakili Bemban selama sepenggal dari 2013-2018, ada satu peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan pusat untuk tujuan tersebut, namun dia percaya masalah teknikal atau proses dalam konsultasinya menyebabkan ia tergendala.
Jelasnya, apabila dipilih semula nanti, beliau mahu melihat semula projek tersebut demi kesejahteraan orang kampungnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JKM KESAN WARIS THEVANESH
JASIN 24 Oktober - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jasin sedang mengesan waris kanak-kanak lelaki, Thevanesh A/L Suresh Kumar. Pegawai Kebajikan...
KES JENAYAH LIBAT PELAJAR SEKOLAH MENURUN DI MELAKA
BUKIT BARU 24 Oktober – Statistik Polis Melaka menunjukkan kes jenayah melibatkan pelajar sekolah menengah menurun 24 peratus bagi tempoh...
APC SUNTIK SEMANGAT PENJAWAT AWAM MELAKA TERUS BERKHIDMAT CEMERLANG
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Khas Perkhidmatan (AKP) menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri...
FSSSM: PASAR SALOMA JADI TARIKAN, IMBAU NOSTALGIA 60-AN
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Menempatkan lebih 40 gerai termasuk gerai jualan makanan, Pasar Saloma yang akan diadakan bersempena Festival...
LEBIH 200 PROGRAM SEMARAK WRUR DURIAN TUNGGAL
BANDARAYA MELAKA 23 Oktober - Lebih 200 pengisian program disusun sepanjang dua minggu pelaksanaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
PUSAT KECEMERLANGAN PENERBANGAN MELAKA BAWA NILAI PELABURAN LEBIH RM300 JUTA
SERI BENDAHARA 23 Oktober - Pembangunan Pusat Kecemerlangan Penerbangan Melaka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam bakal membawa...

