Sembilan lagi PEDi diwujudkan di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

SELANDAR 3 Jun – Sembilan lagi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan dibangunkan di Negeri Melaka sepanjang tahun ini dalam usaha berterusan untuk memperkasakan dan melahirkan lebih ramai usahawan digital.

Exco Sains Teknologi Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Fairul Nizam Roslan berkata, perancangan itu bertujuan untuk menyediakan akses internet selain memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Negeri Melaka menguasai bidang ICT (teknologi maklumat) dan multimedia.

Fairul Nizam berkata, Kerajaan Negeri menyasarkan sekurang-kurangnya satu PEDi diwujudkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini.

Katanya, setakat ini terdapat 30 PEDi beroperasi seluruh Negeri Melaka dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas buat usahawan desa untuk mengembangkan perniagaan menggunakan platfrom digital hasil daripada pendedahan dan bimbingan diberikan tenaga pengajar pusat berkenaan.

“Antara lokasi cadangan PEDi baharu itu adalah seperti Kesidang, Ayer Keroh dan beberapa lokasi lain.

“Jika kita lihat di kampung-kampung terutamanya mempunyai ramai usahawan menghasilkan produk seperti makanan, mereka ini perlu memanfaatkan sepenuhnya kemudahan di PEDi untuk melebarkan lagi perniagaan mereka menerusi platform digital,” katanya

Beliau berkata demikian selepas menghadiri penutupan Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Kemas Dun Asahan, di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka, Mohd Asri Ninggal.

Terdahulu pada program sama, Fairul Nizam turut meraikan lima atlet anak jati Nyalas yang mengharumkan nama Melaka pada Kejohanan Angkat Berat Youth, Junior dan Senior Kebangsaan di Rompin, Pahang, baru-baru ini.

Atlet berkenaan membawa pulang menggunguli dua emas, satu perak dan dua gangsa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2474
Kongsi :
Previous post Kafe terapi kucing
Next post Lembu pembawa rezeki
Ubah saiz-+=