
Semua PPS mangsa banjir di Melaka ditutup
AYER KEROH 21 Mei -Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka tutup sepenuhnya pada jam 4.30 petang tadi apabila banjir pulih sepenuhnya.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, PPS terakhir yang ditutup adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek sekitar jam 4.23 petang.
“Terdapat 33 mangsa membabitkan enam keluarga berada di PPS berkenaan sehingga ia ditutup.
“Semua penduduk terjejas telah pun pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, seramai 669 mangsa banjir daripada 149 keluarga ditempatkan di 10 PPS melibatkan ketiga-tiga daerah di negeri ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RUMAH SELESA, SELAMAT SINARI KEHIDUPAN 9 KELUARGA DI TELOK MAS
TELOK MAS 2 Ogos - Seramai sembilan keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas bakal menikmati kediaman lebih selesa...
KASIH SAYANG TOK RAUF BUAT ANAK ISTIMEWA DUYONGKITA
DUYONG 2 Ogos - Anak-anak istimewa antara golongan yang tidak pernah terpinggir daripada perhatian Kerajaan Negeri apabila Ketua Menteri Datuk...
‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ BUKAN SEKADAR SLOGAN, TETAPI SEBUAH JANJI – AB RAUF
TELOK MAS 2 Ogos - ‘Melaka Sayang Rakyat’ bukan sekadar slogan, sebaliknya sebuah janji Kerajaan Negeri, kata Ketua Menteri Datuk...
TELOK MAS RASAI KASIH SAYANG, TEDUHAN DI BAWAH ‘POHON RENDANG’
TELOK MAS 2 Ogos - Kerajaan Negeri akan terus memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat di seluruh negeri diberi perhatian menerusi...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BAWA MESEJ TIADA RAKYAT DILUPAKAN
TELOK MAS 2 Ogos - Kerajaan Negeri menegaskan kejayaan Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan diukur berdasarkan jumlah lokasi yang...
MELAKA RIVER CRUISE JADI PRODUK PILIHAN PELANCONG LUAR
DUYONG 2 Ogos - Kesempatan pulang ke kampung sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan digunakan Mohd Azizan Roslan, B40,...

