
SENARIO ‘GEGAR’ PEMENTASAN TEATER MUZIKAL LAWAK DI PANGGUNG BANGSAWAN
MELAKA, 20 Mei – Kumpulan pelawak terkenal tanah air Senario bakal menemui peminat di pentas teater di sini bulan depan menerusi pementasan Muzikal Lawak Bangsawan: Mimpi Tuanku@Senariounion.
Dijadualkan berlangsung pada 28 Jun di Panggung Bangsawan Melaka di sini, pementasan itu juga akan menyaksikan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Lan Pet Pet, Illya dan Yassin bergandingan dengan ikon seni persembahan tanah air Datuk Jalaluddin Hassan.
βBeliau (Jalaluddin) juga bakal membawa watak penting yang menyuntik keanggunan dan kredibiliti pada naskhah muzikal ini,β kata pengarah persembahan Lokman Ghani pada sidang media majlis pelancaran teater itu di sini.
Lokman berkata muzikal itu yang diinspirasikan daripada hikayat klasik Melayu akan dipersembahkan dengan pendekatan kotemporari bagi menarik minat pelbagai generasi.
βMuzikal ini menggandingkan elemen komedi moden dengan keindahan teater bangsawan tradisional,β katanya, menambah persembahan akan sarat dengan keindahan bahasa, sindiran sosial dan jenaka segar.
Beliau berkata persembahan yang akan berlangsung selama dua jam itu merupakan produksi Persatuan Teater Negeri Melaka dengan kerjasama Panggung Bangsawan Melaka dan rakan strategik Boolan Trending. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZOO MELAKA TARIK PERHATIAN PAKAR HIDUPAN LIAR ANTARABANGSA
AYER KEROH 6 September - Zoo Melaka berpotensi menjadi antara hab penting di Asia Tenggara bagi memperkukuh kepakaran dan standard...
KUIH BAKAR BERLAUK MELAKA CURI PERHATIAN DI MAHA 2026
SERDANG 6 September - Selama ini dikenali dengan rasa manis dan aroma pandan, kuih bakar kini tampil dengan kelainan apabila...
PENTERNAK SAMBUT BAIK INISIATIF PEMASANGAN ‘TAGGING’ QR
TABOH NANING 6 September - Keputusan Kerajaan Negeri untuk mewajibkan semua ternakan di negeri ini didaftarkan secara digital menerusi pemasangan...
IBU MUDA MELAKA DAPAT SOKONGAN, KEKUATAN DI BAWAH KEPIMPINAN TOK RAUF
AYER KEROH 6 September - Golongan ibu muda di Melaka menyifatkan keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk...
MELAKA BUKAN SEKADAR DESTINASI SEKALI DATANG
AYER KEROH 6 September β Melaka mahu terus dikenali sebagai destinasi pelancongan yang sentiasa hidup dengan pelbagai acara bagi menggalakkan...
‘MELAKA TAK RELAKS DEMI RAKYAT’
AYER KEROH 5 September β βApa yang tak relaks sangat Melaka ni?" itu antara soalan yang sering diajukan kepada Ketua...
